top of page
malaysian-flag-1439149_1280.jpg

press release
CONGRATULATIONS TO PM 10 AND THE NEW GOVERNMENT

25 November 2022

Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) extends our heartfelt congratulations to Dato' Seri Anwar Ibrahim for his appointment as the 10th Prime Minister of Malaysia. 

 

We hope his perseverance and calm composure remains constant throughout this administration as the head of Malaysia's first-ever unity government, which we foresee will bring forth many challenges. 

​

GDIMY would like the first order of business to deliver on the 2023 National Budget that deals with post-Covid-19 economic recovery, climate, environmental, and human rights crises. The past few years have been difficult for Malaysians who, on top of suffering health crises and losing their loved ones, faced financial turmoil caused by global crises, including the pandemic, the war in Europe, and Malaysia's own political instability, corruption, and extreme floods caused by the climate crisis and the mismanagement of our natural resources and poor urban planning. The country's political instability also brought multi-faceted challenges involving human rights, especially that of vulnerable communities such as women, the Indigenous community, minorities, migrant workers, and refugees. We do not tolerate fear-mongering, discrimination, and corruption, and we cannot ignore that race and religion have been weaponised by irresponsible parties and their cronies to steal from the nation's wealth. It is the reason for the unequal distribution of opportunity and wealth.

 

We call for the newly to be elected government to be fair, inclusive, and transparent in its administration. The new government must declare a climate emergency to urgently address the agenda of reforms for a just transition and resilience as we brace for the threats of climate destabilisation and looming environmental collapse that bears more uncertainties and global inequities. The people's movement for climate justice seeks meaningful participation in climate governance, in co-creating climate narratives and strategies, and in implementing national policies and plans built on science, justice, and the wellbeing of everyone living in Malaysia-- now and in the future. To this end, we offer to work with the new government not just by words but through participatory decision-making and impactful action for the good of the nation.

malaysian-flag-1439149_1280.jpg

kenyataan media

TAHNIAH KEPADA PM 10 DAN KERAJAAN BARU

25 November 2022

Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Kami berharap ketabahan dan ketenangan beliau kekal berterusan sepanjang pentadbiran ini sebagai ketua kerajaan perpaduan yang pertama di Malaysia, yang kami jangka akan membawa pelbagai cabaran.

 

GDIMY menyarankan bahawa antara perkara pertama yang harus diluluskan ialah Belanjawan Negara 2023 yang harus menangani krisis pemulihan ekonomi pasca Covid-19, krisis iklim, alam sekitar dan hak asasi manusia. Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan tempoh yang sukar bagi rakyat Malaysia. Disamping mengalami krisis kesihatan dan kehilangan nyawa orang tersayang, kita juga menghadapi kegawatan kewangan yang disebabkan oleh krisis global seperti wabak Covid-19, perang di Eropah, dan ketidakstabilan politik dan rasuah yang berleluasa di dalam negara. Tambahan pula, kita mengalami banjir ekstrim berpunca daripada krisis iklim dan salah urus sumber asli kita serta perancangan bandar yang lemah. Ketidakstabilan politik negara turut membawa pelbagai cabaran yang melibatkan hak asasi manusia, terutamanya komuniti yang paling terkesan seperti wanita, masyarakat Orang Asli, minoriti, pekerja migran dan pelarian. Kita juga tidak boleh mengabaikan bahawa isu kaum dan agama telah dijadikan senjata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kroni mereka untuk mencuri kekayaan negara. Ini adalah punca pengagihan peluang dan kekayaan yang tidak sama rata di negara kita.

 

Kami menyeru agar kerajaan baru yang diberikan mandat bersikap adil, inklusif dan telus dalam pentadbirannya. Kerajaan ini mesti mengisytiharkan darurat iklim sebagai suatu agenda reformasi dengan segera bagi membolehkan transisi adil dan berdaya tahan tatkala kita bersiap sedia menghadapi ancaman ketidakstabilan iklim dan kemusnahan alam sekitar yang membawa kepada ketidakpastian dan ketidaksamaan global.

 

Gerakan rakyat untuk keadilan iklim inginkan penyertaan yang bermakna dalam tadbir urus iklim, dalam mencipta naratif dan strategi iklim bersama dalam melaksanakan dasar dan rancangan negara yang dibina berasaskan sains, keadilan, dan kesejahteraan semua yang tinggal di Malaysia-- pada masa kini dan hadapan. Untuk tujuan ini, kami menawarkan kerjasama dengan kerajaan baharu bukan dengan kata-kata semata-mata tetapi dengan mengambil bahagian di dalam pembuatan keputusan dan tindakan yang memberi impak untuk kebaikan negara.

Endorsement/Sokongan

Update 25 November 2022

Organisation/Organisasi

  1. Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia -KAMY)

  2. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam ( PEKA )

  3. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

  4. Alliance of River Three (ART!)

  5. Greenpeace Malaysia

  6. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia - GRASS MALAYSIA 

  7. Friends Of Sungai Ampang (FOSA Ampang)

  8. Kebun komuniti Perumahan Awam Seri Terengganu 

  9. TTDI Edible Community Garden

  10. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)

  11. Five Arts Centre

  12. MUDA Sungai Buloh

  13. Imagined Malaysia

  14. Malaysian Ocean Youth Ambassadors

  15. saynotopjdlink.org

  16. Malaysia Muda

  17. Malaysian Nature Society

  18. Free Tree Society Kuala Lumpur

  19. Rimba Disclosure Project

  20. Angkatan Mahasiswa UM

  21. Sayangi Alam Sekitar & Khazanah Alam (SAS)

Individual/Individu

  1. Isaac Lim

  2. Selvan Segaran

  3. Kennedy Michael

  4. Serena Josrin

  5. Syuen Toh

  6. Salina Hussein

  7. Muhammad Ariff Mohamad Nizam

  8. Satvinder Singh

  9. Pradeep nair

  10. Harnarinder Singh

  11. Tang Chung Ngo

  12. Deanna Rustham

  13. Nicole Fong

  14. Afiatul Mariyah Zainudin

bottom of page